Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.
Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) Full Movie
Posted by Bobynha
Posted on November 07, 2019
with No comments
0 comments:
Post a Comment