Samad digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.
0 comments:
Post a Comment